MATEMATIK

Dokumen Standard Sekolah Rendah
Maklumat dan bahan-bahan yang dikongsi di blog ini adalah berdasarkan


Sumber: http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/index.php/dokumen_kurikulum/tahap_i/modul_teras_asas/matematik



--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bab 1 - Nombor Bulat Dalam Lingkungan 10000

1.     Murid seharusnya berupaya menamakan dan menentukan nilai nombor
        hingga 10000.
2.     Murid seharusnya berupaya menulis sebarang nombor hingga 10000 dalam
        perkataan dan bentuk angka.
        Contoh: 64978 (angka), enam puluh empat ribu sembilan ratus tujuh puluh
        lapan.
3.     Membilang nombor dalam lingkuan 10000 secara satu-satu, sepuluh-
        sepuluh, seratus-seratus dan seribu-seribu secara menaik dan menurun.
4.     Menamakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang nombor hingga 10000.
        Contoh: 38925, nilai tempat bagi 8 adalah lapan ribu, nilai digit bagi 8 adalah
        8000.
5.     Memberi anggaran bilangan objek yang munasabah dengan menggunakan
        perkataan "lebih daripada" dan "kurang daripada".


Latihan
1)     Menulis nombor berikut dalam bentuk perkataan.
        a) 89534                             b) 28740                                c) 37291

2)     Menulis nombor berikut dalam bentuk angka.
        a) Tiga puluh enam ribu empat ratus dua puluh satu
        b) Sembilan puluh tiga ribu lima ratus sembilan puluh empat
        c) Dua puluh tujuh ribu enam ratus lapan puluh tiga

3)     Isi tempat kosong dengan nombor yang betul.
        a) (          ), 3010, (          ), 5010, (          )
        b) 1500, (          ), 1700, (          ), 1900
        c) 10000, (          ), 8000, (          ), 6000

4)     Menulis nilai tempat dan nilai digit bagi nombor yang telah digarisi.
        a) 3961 - Nilai tempat (          ), nilai digit (          )
        b) 7983 - Nilai tempat (          ), nilai digit (          )
        c) 8394 - Nilai tempat (          ), nilai digit (          )

5)    Menulis perkataan "lebih daripada" atau "kurang daripada".
       a) 67183 (                             ) 49329
       b) 53702 (                             ) 35972
       c) 23067 (                             ) 23607

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bab 2 - Tambah Dalam Lingkungan 10000

1.     Murid seharusnya berupaya menambah sebarang dua dan
       tiga nombor hingga empat digit tanpa mengumpul
       semula.
       Contoh: 4173 + 3826 = 7999
2.     Murid seharusnya berupaya menambah sebarang dua dan
       tiga nombor hingga empat digit dengan mengumpul
       semula.
       Contoh: 6783 + 1689 = 8472
3.     Murid seharusnya berupaya menambah sebarang dua dan
       tiga nombor dengan pelbagai strategi pengiraan.
4.     Murid seharusnya berupaya menyelesaikan masalah
       harian yang melibatkan penambahan.

Latihan
1.     Membuat pengiraan bagi soalan berikut.
        a) 5863 + 125 = (             )
        b) 3751 + 5128 = (             )
        c) 5240 + 4639 = (             )
        d) 3427 + 5864 = (             )
        e) 6748 + 2573 = (             )

2.     Menyelesaikan masalah berikut.
        a) Dusun Ali mempunyai 3279 pokok durian dan 5862 pokok rambutan.
            Berapakah jumlah pokok dalam dusun Ali?
        b) Zoo negara mempunyai seramai 2799 pengunjung perempuan.
            Pengunjung lelaki melebihi pengunjung perempuan seramai 1274
            orang.
            Berapakah jumlah pengunjung dalam zoo negara?

----------------------------------------------------------------------------------------
Bab 3 - Tolak Dalam Lingkungan 10000

1.     Murid seharusnya berupaya menolak sebarang dua nombor hingga empat
        digit tanpa mengumpul semula.
        Contoh: 8537 - 3416 = (            ) 
2.     Murid seharusnya berupaya menolak sebarang dua  nombor hingga
        empat digit dengan mengumpul semula.
        Contoh: 7536 - 4923 = (            )
3.     Murid seharusnya berupaya menolak sebarang dua nombor hingga 10000
        tanpa dan dengan mengumpul semula.
4.     Murid seharusnya berupaya menyelesaikan masalah harian yang
        melibatkan penolakan.

Latihan
1.     Membuat pengiraan untuk soalan berikut.
        a) 2849 - 531 = (        )
        b) 3256 - 1179 = (        )
        c) 6525 - 3458 = (        )
        d) 4734 - 984 = (        )
        e) 6971 - 1268 = (        )

2.     Menyelesaikan masalah berikut.
        a) Rak A dalam perpustakaan mempunyai 2764 buah buku. Buku dalam
            rak B adalah kurang 749 buah buku daripada rak A. Berapakah buah
            buku yang ada di rak B?
        b) Sekolah P mempunyai 4872 orang murid. Bilangan murid di sekolah
            Q adalah kurang 546 daripada sekolah P. Bilangan murid sekolah R
            adalah kurang 321 daripada sekolah Q. Berapakah orang murid
            dalam sekolah R?

---------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment