Monday 14 October 2013

HOME

          Memandangkan E-Pembelajaran menjadi satu alternatif yang semakin popular dalam proses pembelajaran pada hari ini, maka wujudlah blog ini yang mana kedua-dua blogger (Lin&Wong) ingin berkongsi sedikit idea tentang pengajaran dan pembelajaran subjek-subjek tertentu untuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 3.


          E-Pembelajaran merupakan satu saluran pendidikan yang membantu para guru dan para pelajar mencapai sumber pendidikan dengan menggunakan medium internet. Kemudahan asas yang perlu ada pada mereka yang ingin menggunakan E-Pembelajaran adalah komputer atau komputer riba, kemudahan internet dan juga laman web yang berasaskan pendidikan. Dengan ini, para guru boleh berkongsi maklumat dan para pelajar dapat belajar sesuatu di alam maya dengan menggunakan internet.


          Memilih E-Pembelajaran sebagai salah satu saluran pembelajaran boleh mendatangkan banyak manfaat. Ia memudahkan guru-guru memuat naik nota, latihan dan urusan yang berkaitan dengan kuliah mereka. Ia juga dapat menjimatkan masa kedua-dua pihak (guru dan pelajar) kerana dapat membuat pengumuman dan berita terkini dengan cepat dan mudah. Di samping itu, aplikasi E-Pembelajaran juga dapat menjimatkan kos kerana pelajar tidak perlu mencetak nota-nota mereka.


          Kedua-dua blogger bagi blog ini akan berkongsi bahan-bahan pengajaran bagi subjek KSSR Tahun 3. Berharap agar para guru ataupun para pelajar yang melanggani blog ini akan mendapat manfaat ataupun "input", dan pada masa yang sama, penyediaan blog ini adalah untuk memenuhi tugasan blogger bagi kursus Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT6044).


No comments:

Post a Comment