BAHASA MALAYSIA

Dokumen Standard Sekolah Rendah
Maklumat dan bahan-bahan adalah berdasarkan daripada




Sumber
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/index.php/dokumen_kurikulum/tahap_i/modul_teras_asas/bahasa_malaysia


------------------------------------------------------------------------------------------------------


TEMA 1: SEKOLAH


Unit 1 – Mari Bekerjasama

Ø  Mari Dengar dan Sebut

Nota:-
          - Aktiviti berbual, bertutur, bercerita dan berbincang
           - Aktiviti menulis 

   
       Arahan:-
1.      Murid mendengar dan mengenal pasti frasa. Kemudian, murid menyebut frasa dan ayat.
2.      Murid meneliti gambar, membaca ayat dan menyatakan maklumat dengan betul.

SILA LIHAT GAMBAR DI BAWAH

Gambar 1:- Di Kelas 3 Mawar


Kamal mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawannya kerana melantiknya sebagai Ketua Kelas Tahun 3 Mawar. Kamal menunjukkan jadual tugasan. Kamal meminta kawan-kawannya ___
      ___.



Ø  Mari Baca dan Fahami


      Arahan:-
1.      Murid membaca dan mengenal pasti perkataan berimbuhan awalan beR- dan meN- dalam teks dan  gambar.
2.        Murid meneliti gambar dan teks untuk menyatakan perkataan berimbuhan awalan beR- dan meN-.
3.        Murid menulis perkataan berimbuhan beR- dan meN- dalam buku tulis.
4.  Murid membina ayat dengan betul menggunakan perkataan berimbuhan awalan yang telah  disenaraikan.


Gambar 2: Gotong-royong di Kelas Permata

         Kamal mengajak Razi dan Li Yin ke Kelas Permata. Mereka bertiga ingin membantu Cikgu Hamid dan murid-murid kurang upaya mencantikkan kelas itu. Di kelas itu, mereka dapat melihat murid-murid kurang upaya membuat pelbagai aktiviti. Senarai aktiviti tersebut ditampal pada dinding kelas.
            Mereka bekerjasama. Mereka peramah dan ringan tulang. Mereka membantu murid-murid Kelas Permata dengan bersungguh-sungguh. Cikgu Hamid berasa gembira. 


Nota:-
  • Imbuhan awalan beR- dan meN- ialah imbuhan yang ditambahkan dihadapan kata dasar.
  • Contoh: - berlari, bersukan, berlakon, berkawan, melukis,membaca, menggaris, mengelap 

Latihan:-
Senaraikan perkataan yang mempunyai awalan imbuhan beR dan meN 

Awalan beR-
Awalan meN-
 berkawan
mengajak
tulis
tulis


Ø  Mari Menulis

Arahan:-
1.      Murid membaca teks.
2.      Murid mengecam dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam buku tulis

3.   Murid membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong dan vocal berganding kemudian menulisnya dalam buku tulis.


Surat Tidak Rasmi.

           Apa khabar, saudari Lai Kin? Sekolah baharu saya ialah Sekolah Kebangsaan Bestari, Kajang.    Sekolah ini besar.
            Saya seronok belajar di sekolah ini. Guruya pelbagai kaum. Guru kelas saya Puan Murni. Beliau baik hati. Beliau selalu membantu murid yang menghadapi masalah di sekolah.
            Saya juga telah berkenalan dengan kawan baharu. Walaupun baru seminggu berkawan, kami berasa amat akrab. Mereka ialah Kamal, Li Yin, Nisa, Nalini dan Ujai. Kamal ketua kelas. Dia rajin. Nisa pula pandai dan periang. Nalini ringan tulang, Li Yin pula suka berguray. Ujai aktif bersukan. Dia suka makan tapai dan kuih cakoi.
            Sampaikan salam saya kepada keluarga dan sahabat handai saudari di Pulau Langkawi.
Sekian, terima kasih

Sahabatmu,
Razi bin Ahmad.


Nota:-
i. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
  Contoh: - Beliau guru saya.

ii. Ayat Majmuk ialah ayat yang megandungi dua ayat tunggal atau lebih.
   
   Contoh: -  
   Ayat tunggal :- Kamal ke kantin. Ujai ke kantin

   Ayat majmuk :-Kamal dan Ujai ke kantin.
   

Latihan:-
Berdasarkan surat tidak rasmi di atas, pelajar di minta menulis ayat tunggal dan ayat majmuk di dalam buku latihan.

Ayat Tunggal
1. ________________________________________________________________
2. ________________________________________________________________
3. ________________________________________________________________
4. ________________________________________________________________
5. ________________________________________________________________

Ayat Majmuk
1. ________________________________________________________________
2. ________________________________________________________________
3. ________________________________________________________________
4. ________________________________________________________________
5. ________________________________________________________________


Ø  Mari Menyanyi

Lirik Lagu Rama-Rama-
Lagu Kanak-Kanak
Dari Ulat Jadi Kepompong
Tidur Nyenyak Dalam Kelongsong
Cukup Masa Kelongsong Pecah
Pom! Pom! Jadilah Rama-Rama Yang Indah
Rama-Rama Terbang Merata
Hisap Madu Di Pohon Bunga
Sungguh Cantik Aneka Warna
Tapi Sayang Hidup Tak Lama
Begitulah Hidup Manusia
Pada Allah Kita Berdoa
Agar Jadi Insan Mulia
Tapi Sayang Hidup Tak Lama
-------------------------------------------------------------------------------------------------
LATIHAN

Bahan Kendiri Interaktif Bahasa Melayu Sekolah Rendah

No comments:

Post a Comment