Maklumat dan bahan-bahan yang dikongsi di blog ini adalah berdasarkan
Sumber: http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/index.php/dokumen_kurikulum/tahap_i/modul_teras_tema/dunia_sains_dan_teknologi
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bab 1 - Kemahiran Proses Sains
1. Kita akan menggunakan kemahiran proses sains untuk menyelesaikan
masalah kehidupan harian.
2. Kemahiran yang dimaksudkan termasuklah
a) Memerhati - Memerhati sesuatu dengan menggunakan penglihatan,
pendengaran, penyentuhan, meniup dan merasa
b) Mengelas - Mengelas sesuatu objek berdasarkan ciri-ciri tertentu seperti
saiz, warna, berat, bentuk dan lain-lain lagi
c) Mengukur dan menggunakan nombor - Mengukur sesuatu
berdasarkan kepanjangan, ketinggian dan jisim sesuatu objek
d) Meramal - Meramal sesuatu kesimpulan berdasarkan pemerhatian
dan pengetahuan diri sendiri
e) Membuat inferens - Menggunakan pengetahuan diri sendiri dan
mengumpul maklumat untuk menjelaskan sesuatu keadaan yang
sedang diperhatikan
f) Berkomunikasi - Berkomunikasi dengan pihak lain melalui saluran
menulis, melukis, menaip mesej, bercakap dan sebagainya.
Latihan
Merujuk kepada gambar yang diberi, isikan kemahiran proses sains yang betul.
(Memerhati / Mengelas / Mengukur dan menggunakan nombor / Meramal / Membuat inferens / Berkomunikasi )
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bab 2 - Manusia
1. Murid harus berupaya mengenal pasti jenis gigi iaitu gigi kacip, gigi taring
dan gigi geraham.
2. Gigi mempunyai bentuk dan fungsi yang berbeza-beza.
3. Gambar gigi manusia:
Sumber gambar: Google Image
4. Fungsi gigi
a) Gigi kacip - mengerat dan memotong makanan
b) Gigi taring - mengerat dan memotong makanan
c) Gigi geraham - menghancurkan makanan
5. Set gigi susu mengandungi 8 batang gigi kacip, 4 batang gigi taring dan 8
batang gigi geraham.
6. Gigi susu akan lupuh pada usia 7 hingga 11 tahun dan digantikan dengan
gigi kekal.
7. Struktur gigiSumber gambar: Google Image
8. Cara penjagaan gigi
a) Menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
b) Kurangkan makan makanan yang manis.
c) Menukar berus gigi setiap tiga bulan.
d) Melawat doktor gigi pada masa yang ditetapkan.
Latihan
1. Merujuk kepada gambar yang diberi, menamakan jenis gigi yang dipaparkan
serta menulis fungsinya.
2. Pilih makanan yang boleh memelihara kesihatan gigi.
Sumber gambar: Google Image
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahagian rentas gigi yang mana menyebabkan sakit gigi?
ReplyDeleteCelah pulpa saraf yang sakit
ReplyDeletegusi kowt..hihi
ReplyDelete